Skip to main content

Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim

Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darul Naim merupakan program utama dan kemuncak kepada program galakan membaca yang laksanakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pemilihan nama Hari Iqra’ dan Pesta buku Darul Naim diambil bersempena dengan wahyu pertama yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bertujuan untuk mengembalikan semula tujuan asal manusia membaca iaitu membaca kerana suruhan Allah S.W.T dan bukan dilakukan kerana suka-suka atau semata-mata tetapi budaya membaca perlu diterapkan kerana ianya adalah suruhan pertama yang perlu dilakukan oleh semua orang terutama umat Islam. Apabila manusia membaca kerana Allah, maka Darul Naim atau negeri yang naim (bahagia) akan dapat direalisasikan.

Antara pengisian yang terdapat di dalam Hari Iqra’ dan Pesta buku Darul Naim adalah jualan buku oleh pembekal daripada seluruh negara, pertandingan seperti bicara berirama, forum Iqra’, tadabbur Al-Quran, pertandingan dikir barat, pertandingan mewarna keluarga serta pelbagai aktiviti yang mempunyai kaitan dengan ilmu pengetahuan dan galakan membaca.

Lihat juga

Arkib program

Rakaman video

Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Hak cipta terpelihara © 2014 - 2026

Dasar privasi