Perkhidmatan kami

Peraturan am dan sahsiah rupa diri

Peraturan am

Peraturan am merupakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap pengunjung yang datang ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Antara peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh pengunjung adalah seperti berikut:

  1. Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah, tidur dan menconteng di dalam perpustakaan.
  2. Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
  3. Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pegawai yang bertugas.
  4. Pengguna hendaklah membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
  5. Tidak dibenarkan mengubah susunatur perabut atau peralatan di perpustakaan.
  6. Tidak dibenarkan membawa masuk beg, fail, buku, majalah, kertas nota, bahan berjilid, payung, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam yang lain dan sebagainya. Para pengguna dikehendaki meninggalkannya ditempat simpanan yang disediakan.
  7. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut. Sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.
  8. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  9. Jangan berebut-rebut semasa hendak masuk atau keluar dari perpustakaan.
  10. Menempah tempat duduk tidak dibenarkan dan sebarang buku atau alat yang ditinggalkan di atas meja atau kerusi akan dipungut oleh kakitangan.
  11. Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali dilakukan di dalam perpustakaan.
  12. Ketika hendak meninggalkan perpustakaan semua pengguna dikehendaki menunjukkan buku atau bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.
  13. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis "Untuk Kakitangan Sahaja".
  14. Tidak dibenarkan merosak alatan perpustakaan dengan cara menconteng, menggores, mengotorkan atau dengan apa cara sekalipun.
  15. Pegawai perpustakaan bertugas berhak untuk mengarahkan pengguna yang tidak mengikut peraturan keluar dari perpustakaan.
  16. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka dari membuat bising atau mengganggu ketenteraman pengguna lain.
  17. Sila pastikan anda mengikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan. Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan berhak menghalang anda yang tidak mematuhi etika tersebut dari masuk ke perpustakaan.
  18. Ikutilah dan patuhi arahan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dari masa ke semasa.

 

Peraturan sahsiah rupa diri

Pengunjung adalah dilarang:

  1. Memakai singlet atau baju tanpa lengan
  2. Memakai baju tidur
  3. Memakai seluar pendek (Dewasa)
  4. Memakai skirt pendek (Dewasa)
  5. Memakai seluar ketat
  6. Memakai selipar
  7. Memakai topi
  8. Memakai sebarang jenis jaket
  9. Membawa masuk kamera, perakam video/kaset, permainan video kecuali dibenarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat
  10. Memakai pakaian yang menjolok mata atau melakukan perlakuan yang tidak senonoh atau tidak bersesuaian pada pandangan pegawai perpustakaan.

Pegawai perpustakaan berhak menghalang pengunjung yang tidak mematuhi etika yang telah ditetapkan dari masuk ke perpustakaan.

Pengunjung juga dikehendaki menjaga sahsiah rupa diri seperti berambut yang terlalu panjang (lelaki) memakai ikat kepala, paras rupa yang tidak terurus dan sebagainya pada pandangan pegawai perpustakaan tidak sesuai dari masuk ke dalam perpustakaan.

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Padang Perdana
15572 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6.1225099,102.2401629
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my

Ungu Hijau Biru Salmon