Sejarah

Perpustakaan Umum Carnegie terletak di Jalan Doktor Kota Bharu

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada waktu itu terdiri daripada Mr. A.C. Baker (Penasihat British), Mr. Gordon Hal, Mr. C, Crae dan YM Tengku Mahyideen. Bantuan sebanyak RM 1,000.00 setahun diterima dari Kerajaan Negeri dari tahun 1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara tahun 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500.00 dari Kerajaan Negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Manakala pada 1964, peruntukan telah bertambah kepada RM 5,000.00. Mulai 1hb Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967.

Lambang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Dengan berkuat kuasa Enakmen No. 14 Tahun 1973, Perpustakaan Umum Carnegie mula dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pada masa itu, perpustakaan hanya di kendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978. sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM 5,000.00 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 – 1982 iaitu RM 35,000.00 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang.

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta untuk pembinaan bangunan baru. Bangunan setinggi 3 tingkat dengan keluasan 31,000 kaki persegi di atas tapak seluas 1.13 ekar tersergam di Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan. Urusan pembinaan dimulakan pada April 1981 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1982 dengan belanja yang meningkat hampir RM 4 juta. Mulai 15hb. Februari, 1983 perpustakaan ini dibuka kepada orang ramai dan di rasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan 1hb April 1983 dan secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai.

Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ini antara lain ialah bertujuan untuk mengurus, menyelenggarakan dan memperluaskan penggunaan buku dan juga bahan-bahan perpustakaan kepada masyarakat.

Setakat ini Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah mempunyai 7 buah perpustakaan cawangan, 1 perpustakaan komuniti dan 3 buah perpustakaan desa. Perkembangan ini menunjukkan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan perlu kepada penambahbaikan yang lebih baik kerana jumlah perpustakaan di daerah-daerah dan kampung-kampung masih lagi perlu ditingkatkan. Kini, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dalam usaha untuk membuka 2 buah lagi cawangan di Daerah Machang dan Tanah Merah.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan terbahagi kepada Ibu Pejabat, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa.

 

Fungsi

Fungsi

Fungsi utama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan terbahagi kepada tiga (3) aktiviti utama iaitu Aktiviti Pengurusan, Aktiviti Pembangunan Perpustakaan dan Aktiviti Perkhidmatan Maklumat. Setiap aktiviti ini mempunyai sub-aktiviti atau bahagian masing-masing bagi mencapai matlamat dan objektif Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Aktiviti Bagi Fungsi-fungsi Utama

  • Aktiviti Pengurusan
    • Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
    • Perancangan dan Perhubungan Korporat
    • Teknologi Maklumat
  • Aktiviti Pembangunan Perpustakaan
    • Perolehan Bahan
    • Pendokumentasian Bahan
  • Aktiviti Perkhidmatan Maklumat
    • Promosi Galakan Membaca
    • Perkhidmatan Maklumat Umum
AKTIVITI SUB-AKTIVITI BAHAGIAN / UNIT
Pengurusan Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Pentadbiran dan Sumber Manusia
Kewangan
Perancangan dan Perhubungan Korporat Perancangan dan Pembangunan
Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat
Pembangunan Koleksi Perpustakaan Perolehan Bahan Perolehan Koleksi
Pendokumentasian Bahan Pendokumentasian dan Teknikal
Perkhidmatan Maklumat Promosi Galakan Membaca Gerakan Literasi
Perkhidmatan Maklumat Umum Perkhidmatan Perpustakaan
Bergerak
Cawangan
Desa

Objektif, Visi dan Misi

Objektif

Hala tuju

a) Organisasi Kepimpinan

Strategi I
Memperkukuhkan struktur, fungsi dan peranan Perpustakaan Awam Negeri (PAN) dalam Pembangunan negeri.
Objektif:

  • Memantapkan kepimpinan PAN
  • Meningkatkan prestasi pengurusan dan pentadbiran PAN
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pencapaian visi dan misi PAN.

Sumber Manusia

Strategi II
Meningkatkan Kompentasi sumber manusia melalui program yang komprehensif dan berkesan.
Objektif:

  • Menyediakan Program Pembangunan kompentensi bagi semua anggota.
  • Memastikan semua anggota mengikuti kursus/peperiksaan yang disyaratkan.
  • Mempertingkatkan Program Pendigitan berterusan anggota bagi menyokong visi dan misi perpustakaan.

b) Prasarana Bangunan

Strategi III
Memperluas dan mengukuhkan perpustakaan di seluruh negeri.
Objektif:

  • Memperluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri.
  • Memastikan Projek Pembangunan Perpustakaan Awam Negeri di bawah Rancangan Lima Tahun Malaysia mengikut jadual.

Pembangunan Koleksi

Strategi IV
Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber maklumat
Objektif:

  • Membangunkan sumber maklumat yang mencukupi berpandukan kepada Piawaian Semasa.
  • Mengurus sumber maklumat mengikut Piawaian Semasa.

Strategi V
Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu Negeri memantapkan PAN sebagai pusat Kecemerlangan sumber Ilmu Negeri.
Objektif:

  • Memantapkan koleksi Negeri
  • Mempertingkatkan penyampaian dan perkhidmatan maklumat mengenai Negeri
  • Memperbanyakkan pembangunan kandungan digital tempatan
  • Mempertingkatkan sumber warisan ilmu Negeri

c) Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Strategi VI
Mempertingkatkan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi dan memudahkan akses kepada sumber maklumat untuk mengurangkan jurang digital dan ilmu.
Objektif:

  • Memaksimumkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan dan operasi perpustakaan.
  • Memastikan keberkesanan pengoperasian sistem perpustakaan bersepadu bagi menjamin perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti.

d) Perkhidmatan

Strategi VII
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang berkualiti
Objektif:

  • Memastikan penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang memenuhi kepuasan pengguna.
  • Menyediakan persekitaran perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang kondusif

e) Pengguna

Strategi VIII
Memperhebatkan program budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif:

  • Memperluaskan pelaksanaan program gerakan membaca.
  • Menjadi pemangkin bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Visi

Melahirkan Masyarakat Berbudaya Ilmu "Cultivating Knowledgeable Society"

Misi

Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Moto

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Perkhidmatan teras

Peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan adalah seperti berikut:

  • Menyediakan dan mengurus bahan bacaan sama ada untuk pinjaman atau rujukan kepada penduduk setempat.
  • Menyemai minat membaca, mencungkil serta mengasuh bakat penduduk setempat supaya menjadi warganegara yang minat membaca, inovatif, kreatif dan produktif.
  • Memimpin dalam pembangunan perpustakaan & kepustakawanan di peringkat negeri.
  • Repositori pemeliharaan warisan khazanah intelek negeri.
  • Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan.
  • Meningkatkan penyampaian perkhidmatan melalui ICT.
  • Mengadakan program-program yang menyumbang kepada pembangunan dan pengumpulan maklumat.

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Padang Perdana
15572 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6.1225099,102.2401629
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my

Ungu Hijau Biru Salmon