Lain-lain

Polisi e-Penyertaan

Polisi e-Penyertaan | Promosi e-Penyertaan  | Suara anda

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan COPYRIGHT LAW, TRADEMARK, PATENT dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Padang Perdana
15572 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6.1225099,102.2401629
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my

Ungu Hijau Biru Salmon