Data Terbuka

Pengenalan Data Terbuka

Bil. Dataset Format Tarikh
1 Lokasi Perpustakaan di Negeri Kelantan .CSV 9 Mac 2021
2 Laporan Bilangan Pengunjung Perpustakaan di Seluruh Negeri Kelantan .CSV 10 Mac 2021
3 Laporan Bilangan Keahlian Baharu Perpustakaan di Seluruh Negeri Kelantan .CSV 10 Mac 2021
4 Statistik Pinjaman Koleksi di Semua Perpustakaan Negeri Kelantan .CSV 10 Mac 2021
5 Statistik Penggunaan Kemudahan ICT Yang Disediakan di Perpustakaan di Negeri Kelantan .CSV 10 Mac 2021
6 Statistik Bilangan dan Penyertaan Aktiviti di semua Perpustakaan di Negeri Kelantan .CSV 10 Mac 2021

Pengenalan Data Terbuka

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini

Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna hendaklah:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

4. Pengecualian

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. Tiada jaminan

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. Undang-undang

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Sumber rujukan:
1) Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 (Pindaan : 30 September 2015)

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Padang Perdana
15572 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6.1225099,102.2401629
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my

Ungu Hijau Biru Salmon