Soalan lazim

Soalan

Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?

Jawapan

Rujukan yuran keahlian


Soalan

Adakah salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran?

Jawapan

Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran tidak diperlukan, pengguna hanya perlu menyedeiakan MyKAD atau MyKID bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.

Bagi pengguna Bukan Warganegara Malaysia, sila kemukakan passport anda semasa berurusan.


Soalan

Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?

Jawapan

Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan.


Soalan

Berapakah kadar bayaran denda jika hilang buku dan hantar lewat?

Jawapan

Kadar bayaran denda jika hilang buku adalah sebanyak harga buku tersebut, manakala bagi pengguna yang lewat hantar denda dikenakan sebanyak RM0.10 satu hari bagi setiap buah buku.


Soalan

Bagaimanakah cara untuk mengetahui status pinjaman buku?

Jawapan

Status pinjaman buku boleh dirujuk melalui Web OPAC kami.


Soalan

Bolehkah sambungan pinjaman dibuat secara atas talian?

Jawapan

Sambungan pinjaman boleh dibuat secara atas talian melalui pautan Web OPAC, tempoh sambungan akan ditambah selama dua minggu dari tarikh pemulangan semasa. Sila pastikan sambungan dibuat sebelum tamat tempoh pinjaman bagi mengelakkan dari denda. Sambungan hanya dibenarkan sekali sahaja.


Soalan

Bagaimanakah untuk log masuk Web OPAC?

Jawapan

Secara lalai, nombor MyKAD merupakan login dan katalaluan pengguna. Sila tukar katalaluan selepas log masuk pertama.

 

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2024
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Padang Perdana
15572 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6.1225099,102.2401629
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my

Ungu Hijau Biru Salmon