Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan bagi memastikan aktiviti pengurusan dan operasi berjalan dengan lancar.

Bahagian ini dibahagikan kepada Pejabat Pengarah, Unit Pentadbiran Dan Sumber Manusia dan Unit Kewangan.

Unit Perancangan Dan Pembangunan

Unit Perancangan Dan Pembangunan berfungsi untuk merancang, melaksana dan mengawal selia projek-projek pembangunan perpustakaan di peringkat negeri dan persekutuan serta menyelaras projek-projek pembangunan berbentuk kerjasama antara agensi dan badan korporat.

Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi

Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan koleksi perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Perolehan Koleksi dan Unit Pendokumentasian Dan Teknikal.

Fungsi Unit Perolehan Koleksi adalah:

  • Menguruskan perolehan bahan-bahan sama ada melalui pembelian, hadiah, atau sumbangan.
  • Perolehan adalah berdasarkan polisi Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ke arah pengembangan maklumat dan pembangunan ilmu kepada masyarakat.

Fungsi Unit Pendokumentasian Dan Teknikal adalah:

  • Mengendalikan bahan-bahan yang baru diterima dari Unit Perolehan Koleksi untuk diproses.
  • Memastikan bahan-bahan yang diterima dari Unit Perolehan Koleksi cukup sebagaimana dalam senarai.
  • Membuat pengelasan bahan-bahan yang diterima dari Unit Perolehan Koleksi mengikut kategori bahan.
  • Memasukkan data-data bahan yang telah di buat pengelasan ke dalam sistem pengurusan perpustakaan bersepadu.
  • Menyelenggarakan data-data dalam sistem pengurusan perpustakaan bersepadu secara berterusan bagi memastikan data-data yang di masukkan ke dalam sistem mematuhi kehendak piawaian antarabangsa.
  • Membuat dan mencetak no. panggilan buku bagi tujuan untuk ditampal di bahagian-bahagian yang telah di kelaskan.
  • Menyemak no. panggilan sebelum dihantar ke rak atau perpustakaan awam cawangan/perpustakaan desa.
  • Mengecop lokasi bahan-bahan perpustakaan sebelum agihan.
  • Membuat agihan kepada perpustakaan awam cawangan dan perpustakaan desa.
  • Membuat senarai bahan-bahan yang telah siap diproses sebelum dihantar ke destinasi agihan.

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat berfungsi memberi perkhidmatan sokongan ICT di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Fungsi keseluruhan mengenai Unit Teknologi Maklumat terbahagi kepada Teknikal dan Rangkaian, Sistem dan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan Multimedia dan Web.

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus perkhidmatan perpustakaan dan mengendalikan program galakan membaca di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Bahagian ini dibahagikan kepada Unit Gerakan Literasi dan Unit Perkhidmatan Perpustakaan.

Fungsi Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan adalah:

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang tepat.
  • Menyediakan kemudahan akses kepada maklumat.
  • Menyediakan kemudahan sirkulasi yang cekap dan efisien.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan perpustakaan.
  • Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan kepada pengguna perpustakaan.

Lebih banyak artikel..

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2019
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6°07'21.0"N 102°14'24.6"E
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my
Telefon Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520

Ungu Hijau Biru Salmon