Ungu Hijau Biru Salmon

A- A A+

Dari meja pengarah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya kita dapat bersama di Perbadanan Perpustakaan Awan Kelantan. Di kesempatan ini saya selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mengucapkan salam kepada semua. Saya berharap perutusan ini akan menjadi panduan kepada semua kakitangan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan untuk meningkatkan lagi prestasi tugas. Saya secara peribadinya sangat menghargai setiap sumbangan, tenaga kerja dan pengorbanan yang telah diberikan oleh setiap warga kerja di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) ini.

Penubuhan PPAK bertujuan untuk mengurus, menyelenggarakan dan memperluaskan penggunaan buku dan juga bahan-bahan perpustakaan khas untuk masyarakat di luar sana. Selari dengan Piagam Pelanggan PPAK iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dengan mesra dan berkesan dengan memastikan pertanyaan, cadangan dan aduan pelanggan akan diberi maklum balas dalam masa 24 jam. Di sini juga pihak PPAK membekalkan maklumat yang berkualiti dan bertepatan dengan kehendak pelanggan kami iaitu dalam pelbagai bidang. Pihak kami mempunyai kaunter rujukan pembaca dan sentiasa membantu dan melayani pertanyaan pelanggan serta menjawab segala pertanyaan lisan secara serta merta walaupun melalui telefon.

Di kesempatan ini saya selaku Pengarah PPAK ingin berpesan kepada semua warga PPAK untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita. Selari dengan peranan utama penubuhan PPAK ini adalah untuk menyemai minat membaca, mencungkil dan mengasah bakat penduduk setempat supaya menjadi warganegara yang minat membaca, inovatif, kreatif dan produktif.

Akhir kata daripada saya, saya berharap warga PPAK akan dapat meningkatkan lagi semangat dalam memperkasa dan menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti dengan memastikan penyampaian maklumat memenuhi kepuasan pengguna dalam menyediakan persekitaran perkhidmatan perpustakaan agar program budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat ini mampu menarik dan melahirkan masyarakat berbudaya berilmu.

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2017
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6°07'21.0"N 102°14'24.6"E
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my
Telefon Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520

Ungu Hijau Biru Salmon