Soalan lazim

Soalan

Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?

Jawapan

Rujukan yuran keahlian


Soalan

Adakah salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran diperlukan bagi pendaftaran?

Jawapan

Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran tidak diperlukan, pengguna hanya perlu menyedeiakan MyKAD atau MyKID bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.

Bagi pengguna Bukan Warganegara Malaysia, sila kemukakan passport anda semasa berurusan.


Soalan

Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam?

Jawapan

Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan.


Soalan

Berapakah kadar bayaran denda jika hilang buku dan hantar lewat?

Jawapan

Kadar bayaran denda jika hilang buku adalah sebanyak harga buku tersebut, manakala bagi pengguna yang lewat hantar denda dikenakan sebanyak RM0.10 satu hari bagi setiap buah buku.


Soalan

Bagaimanakah cara untuk mengetahui status pinjaman buku?

Jawapan

Status pinjaman buku boleh dirujuk melalui Web OPAC kami.


Soalan

Bolehkah sambungan pinjaman dibuat secara atas talian?

Jawapan

Sambungan pinjaman boleh dibuat secara atas talian melalui pautan Web OPAC, tempoh sambungan akan ditambah selama dua minggu dari tarikh pemulangan semasa. Sila pastikan sambungan dibuat sebelum tamat tempoh pinjaman bagi mengelakkan dari denda. Sambungan hanya dibenarkan sekali sahaja.


Soalan

Bagaimanakah untuk log masuk Web OPAC?

Jawapan

Secara lalai, nombor MyKAD merupakan login dan katalaluan pengguna. Sila tukar katalaluan selepas log masuk pertama.

 

Menukar saiz tulisan

1. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pelayar web telah menyediakan kemudahan untuk menukar saiz tulisan. Sebagai contohnya, untuk menukar saiz tulisan mengikut pelayar web anda :

Google Chrome
Pada ruangan menu Page, pilih zoom. Zoom > Larger

Mozilla Firefox
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > Zoom In

Internet Explorer
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Largest

Netscape
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Increase

Macintosh shortcut: Command+

Windows Shortcut: Ctrl++

Opera
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > %

Macintosh Shortcut: Command+

Windows Shortcut: + or 0

Safari
Pada ruangan menu View, pilih Make Text Bigger. View > Make Text Bigger

Macintosh Shortcut: Command+

2. Konfigurasi pelayar web mungkin berubah dalam keadaan tertentu. Jika ini berlaku, cuba konfigurasi teks dengan ikon

Panduan kod QR

Kini anda boleh melayari laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan versi mudah alih menerusi telefon pintar dengan hanya melalui kod QR. Anda hanya perlu:

  • Memuat turun dan lakukan pemasangan aplikasi pembaca QR yang bersesuaian dengan telefon pintar anda
  • Pilih dan aktifkan aplikasi pembaca QR dan kemudian imbas kod QR Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di bawah dengan menggunakan aplikasi pembaca QR dari telefon pintar anda:

  • Anda akan terus dibawa ke laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan versi mudah alih.

Paparan terbaik dengan resolusi minima 240 x 320 piksel.

Panduan penggunaan RSS

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Web Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Oleh itu, laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan mempunyai 2 pautan RSS yang boleh digunakan iaitu:

Anda hanya perlu menyalin pautan di atas dan memasukkan ke dalam pembaca RSS anda.

Layari melalui telefon pintar

kod QR
Imbas kod QR dengan alat mudah alih anda

 

Hak cipta terpelihara © 2014 - 2019
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Paparan terbaik dengan menggunakan Chrome, Opera atau Mozilla Firefox paparan resolusi 1024 x 768 piksel

Hubungi kami:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Koordinat : 6°07'21.0"N 102°14'24.6"E
Telefon : +60 9-744 4522, +60 9-741 2522
Faks : +60 9-748 7736
E-mel : ppak[at]kelantan.gov.my
Telefon Kaunter Sirkulasi : +60 9-741 2520

Ungu Hijau Biru Salmon